Penubuhan Kelab Rukun Negara ( KRN ) telah diilhamkan dan disarankan oleh YgBhg Tun Hj. Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi ( ketika itu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ) semasa merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2000 di Negeri Melaka. Malah , sebelum itu ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 1999 di Negeri Pahang. Beliau telah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang kepada prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran Negara sentiasa berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini , para pelajar akan didedahkan dengan prinsip tersebut supaya mereka dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan amalan kehidupan seharian.
Objektif Rukun Negara adalah untuk memberikan pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara. Selain itu , Rukun Negara menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian dan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan.
Seterusnya menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri , setia , bersatu padu , berwawasan , bermaruah , bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan Negara iaitu 1Malaysia , Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.
Motto Rukun Negara adalah membudayakan perpaduan , meraikan kepelbagaian pencetus aspirasi dan inspirasi.
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Ikrar Rukun Negara


